
Kesinambungan dari pengajian di AF, bekas finalis AF7 iaitu Hafiz, Aril dan Akim kali ini telah melalui program realiti TV berjudul ¡¯Konsert Roket! Destinasi: Bintang¡¯ bagi memantapkan persembahan dari segi vokal, tarian dan penampilan imej dengan tenaga pengajar yang terdiri daripada Stephen Rahman-Hughes, Juliza Adzlizan, Pat Ibrahim dan Tiara Jacquelina.
Hafiz, Aril dan Akim sememangnya teruja apabila diberi peluang buat julung kali untuk menjayakan konsert secara eksklusif yang bertempat di Borneo Rainforest, Sunway walaupun baru sahaja menceburkan diri di dalam industri hiburan.
Jadi jangan lupa untuk menyaksikan kemunculan Akim, Aril dan Hafiz dalam Konsert Roket! Destinasi: Bintang yang akan ke udara menerusi Astro Ria (saluran 104) pada hari Sabtu, 13hb Mac 2010, jam 10.30 malam.