Sign In Register  


Programme Title Entire Website

kuiz personaliti

ANDA SEDANG DILAMUN CINTA?

Tiba-tiba berlaku perubahan dalam diri anda. Tidur tak nyenyak, makan tak kenyang dan tidur pun tak lena. Adakah anda sedang dilamun cinta? Jawab kuiz ini untuk mengetahui keadaan anda ketika ini…

Bilakah perasaan mencinta dan dicintai ini mula hadir dalam dirimu?

a. Setahun lepas
b. Semasa di sekolah/ kolej atau di tempat kerja
c. Tiba-tiba

Perasaan cemburu sangat kuat apabila:

a. Rakan kamu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
b. Adik kamu bercerita tentang pasangannya yang romantik
c. Si dia keluar dengan musuh ketatmu

Sedang kamu menikmati makan tengahari, telefon bimbitmu tiba-tiba berbunyi. Kamu akan:

a. Meratah ayam pedas kegemaranmu sambil menjeling telefon bimbit
b. Menjawab panggilan atau SMS sambil makan
c. Terus berhenti makan dan melayan panggilan atau SMS

Si dia adalah...

a. Sengaja mahu menarik perhatianmu
b. Terlalu baik kepadamu
c. Terlalu sempurna buatmu!

Apakah program televisyen pilihan kamu?

a. Jangan Lupa Lirik
b. Gadis Cuci The Series
c. Awan Dania

Anda keluar rumah membeli sarapan pagi. Tiba-tiba terserempak si dia:

a. Ada aku kesah?
b. Senyum dan menegurnya
c. Gelabah melihat diri yang belum pun mandi!

Apakah makna cinta?

a. Cinta datang dan pergi. Ada jodoh, adalah...
b. Cinta mengajarku menjadi lebih berani
c. Cinta sesuatu yang indah. Memiliki si dia menjadikan hidupku sempurna

-------------------------------------------------------------------------

JAWAPAN:

Lebih banyak a

Anda sangat memerlukan cinta ketika ini! Anda cuba berpura-pura untuk tidak percaya cinta. Namun jauh disudut hati, anda menanti hadirnya seseorang menemani anda ketika ini. Anda tidak perlu berbohong kepada diri sendiri, luahkanlah rasa cinta kepada si dia

Lebih banyak b

Anda terlalu berhati-hati! Mungkin pengalaman telah mendewasakan anda. Bagusnya, anda tidak berlebih-lebihan dalam bercinta. Cuma dibimbangi, jika anda masih tidak punya pasangan, sifat terlalu berhati-hati dalam bercinta itu menjadikan diri anda seorang yang membosankan

Lebih banyak c

Anda sedang gila bayang! Anda terlalu taksub dengan cinta. Bahagianya jika si dia menaruh perasaan yang sama kepada anda. Namun, jika anda hanya bertepuk sebelah tangan, mungkin sifat berlebihan anda ini hanya akan menjengkelkan si dia

MUAT TURUN TERKiNI

BROWSE: News | Sport | Variety | Lifestyle | Kids | Learning | Astrolife | Watch Videos | AstroView | Mobile Service | Astro Radio | Astro Stocklink
SITE SERVICE: Packages & Products | Astro On Demand | Customer Care
LEARN MORE: About Astro | Career | Scholarships | Contact Us | Sitemap | Advertising | Privacy Policy | Terms & Conditions | Subscriber Terms and Conditions

© Copyright MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (240064-A) 2001-2010. All rights reserved. Recommended browser requirements: I.E 6.0 and above, 1024x768 screen resolution and above.