Sign In Register  


Programme Title Entire Website

Drama


SINOPSIS | BELAKANG TABIR | PELAKON & PROFIL

KAU & AKU sebuah drama hiburan muzikal yang menggabungkan lakonan, tarian dan nyanyian oleh pelakon dan penyanyi terhebat Malaysia yang akan disiarkan di Astro RIA (Saluran 104 Astro) Oktober ini

KAU & AKU telah diadaptasi daripada format drama hiburan popular yang berasal daripada Venuzuela dan telah menjadi suatu fenomena di sana. Bayangkan, dalam tempoh 6 minggu, drama muzikal ini telah mendapat sambutan penonton dan menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat. Muzik video yang dimuat naik di You Tube mendapat hits yang luar biasa!

Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. Mensasarkan penonton muda juga tontonan seisi keluarga, Kau & Aku menonjolkan kehidupan remaja yang diceriakan dengan lakonan hebat dan nyanyian terbaik serta aksi tarian yang menghiburkan

Kau & Aku mengisahkan kehidupan suka duka sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula. Persahabatan Mila & Akim memutikkan cinta remaja. Namun, segalanya tidak seindah yang disangka dek muncul watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati.

Elemen romantis, sedih, geram dan lucu melengkapkan drama disamping lagu dan bait-bait lirik yang begitu indah untuk diingati. Jadi, jangan ketinggalan menonton Kau & Aku, bermula 24 Oktober ini di Astro Ria (Saluran 104).

MUAT TURUN TERKiNI

BROWSE: News | Sport | Variety | Lifestyle | Kids | Learning | Astrolife | Watch Videos | AstroView | Mobile Service | Astro Radio | Astro Stocklink
SITE SERVICE: Packages & Products | Astro On Demand | Customer Care
LEARN MORE: About Astro | Career | Scholarships | Contact Us | Sitemap | Advertising | Privacy Policy | Terms & Conditions | Subscriber Terms and Conditions

© Copyright MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (240064-A) 2001-2010. All rights reserved. Recommended browser requirements: I.E 6.0 and above, 1024x768 screen resolution and above.