Sign In Register  


Programme Title Entire Website

1. TVIQ TIPS – UPSR
Siaran perdana 11 Julai dan 12 Julai, Sabtu dan Ahad 1.30 tengahari. Ulangan 9.00 malam

Tips UPSR merupakan panduan ulang kaji komprehensif yang diwujudkan bagi membantu pelajar membuat persediaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki. Ia sememangnya padat dengan tips-tips utama.

- Acara ini berisi tips-tips & panduan menyeluruh yang dirancang untuk membantu para pelajar di Malaysia dalam persiapan menghadapi ujian

Kumpulan Pelajar (Cadangan): Sekolah Rendah- Tahun 6
Matapelajaran (Cadangan) : Matematik, Bahasa Melayu, Sains, English
Kata Kunci: UPSR, Exam tips, Revision, Success

2. U.P.S.R!
Siaran perdana 25 & 26 Julai, setiap Sabtu dan Ahad 1.30 tengahari. Ulangan 9.00 malam

Adakah anda sudah bersedia untuk menduduki UPSR? Atau anda masih keliru dan gementar? Jangan risau! Kini 3 sahabat anda, Ismail, Shong dan Luy akan membantu anda. Mereka akan sama-sama mengulang kaji subjek-subjek teras UPSR bersama anda; Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Semua ini eksklusif hanya di Astro TVIQ. Siri ini padat dengan strategi menghadapi peperiksaan UPSR dan tips-tips untuk mengulang kaji. Tingkatkan keyakinan anda agar ibu bapa dan guru-guru bangga dengan anda!

Kumpulan Pelajar (Cadangan): Sekolah Rendah- Tahun 6
Matapelajaran (Cadangan) : Matematik, Bahasa Melayu, Sains, English
Kata Kunci: UPSR, Exam tips, Revision, Success

3. THE BIG BANG
Siaran perdana 6 Julai, Setiap Isnin dan Selasa 6.00 petang

Rancangan yang melucukan, berinfomasi dan memberi inspirasi – The Big Bang merupakan siri sains uji sendiri yang disasarkan pada kanak-kanak berusia lingkungan 10 hingga 15 tahun. Namun si kecil juga boleh turut menontonnya, termasuklah melihat letupan! Eksperimen mengujakan untuk dicuba di rumah, demonstrasi menghiburkan dan maklumat asas bagaimana ciptaan unggul dihasilkan. The Big Bang pastinya menjadikan sains lebih menyeronokkan.

Kumpulan Pelajar (Cadangan): Sekolah Rendah – Tahun 4-6, Sekolah Menengah – Tingkatan 1-3
Matapelajaran (Cadangan): Sains
Kata Kunci: Science, Experiments, Materials, Scientific Investigation, Science Process Skills, Measurements, Observations

4. COWS N CRAYONS
Siaran perdana 6 Julai, Isnin hingga Jumaat 2.30 petang

Program unik ini meneroka seni dan imaginasi melalui lukisan Einstein dan teknik kraf. Ia juga turut disertai tetamu di studio dan Melanie, seekor lembu animasi yang sukakan seni. Di dalam perut Melanie yang besar, Einstein menggunakan apa saja yang diperlukan oleh seorang artis. Setiap episod akan menyaksikan Einstein menjelajahi Portal Seni Melanie yang membawanya ke lokasi eksotik di serata dunia dan di setiap satunya, dia berpeluang melihat hasil seni yang cukup mengagumkan. Ada masanya juga dia menggunakan seni sebagai jalan penyelesaiannya untuk menghindari diri daripada masalah.

Kumpulan Pelajar (Cadangan): Sekolah Rendah – Tahun 4-6
Matapelajaran (Cadangan): English
Kata Kunci: Art, Creativity, Fun, Adventure

5. ROBBIE AND THE BOOK OF TALES
Siaran perdana 8 Julai, Rabu hingga Jumaat 12.00 tengahari dan 6.30 petang

Inilah kisah Robbie Hon, seorang budak lelaki dengan barang mainannya. Itu sebelum dia mengetahui yang dia punya kuasa untuk memasuki dunia magik legenda dan kisah dongeng! Di samping bukunya, Book of Tales, dia mengetahui rahsia legenda dan watak kisah dongeng seperti Hang Tuah, Cinderella dan Puteri Hang Li Po. Robbie dan Book of Tales sememangnya sebuah drama kanak-kanak yang pastinya menarik dan menyeronokkan!

Kumpulan Pelajar (Cadangan): Sekolah Rendah – Tahun 1-6
Matapelajaran (Cadangan): English
Kata Kunci: Magic, Fairytales, Book, Legends, Adventure, Princess, Wisdom

6. NUMBER SQUAD
Siaran perdana 6 Julai, Isnin hingga Jumaat 1.00 tengahari dan 3.00 petang

Number Squad bertujuan menjadikan matematik sesuatu yang menarik dan berguna dalam kehidupan sehari-hari kita! Matematik jadi lebih ringkas, mudah dan lebih menarik dengan penggunaan grafik yang jelas dan konsep yang praktikal. The Number Squad juga membantu kanak-kanak melihat matematik dari sudut baru dan mengujakan mereka dengan logik dan keseronokannya!

Kumpulan Pelajar (Cadangan): Sekolah Rendah- Tahun 1-3
Matapelajaran (Cadangan): Matematik
Kata Kunci: Numbers, Addition, Subtraction, Multiplication, Division

Nota: Kata Kunci Utama yang BERHURUF BESAR semuanya adalah Topik Sukatan Pelajaran

BROWSE: News | Sport | Variety | Lifestyle | Kids | Learning | Astrolife | Watch Videos | AstroView | Mobile Service | Astro Radio | Astro Stocklink
SITE SERVICE: Packages & Products | Astro On Demand | Customer Care
LEARN MORE: About Astro | Career | Scholarships | Contact Us | Sitemap | Advertising | Privacy Policy | Terms & Conditions | Subscriber Terms and Conditions

© Copyright MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (240064-A) 2001-2010. All rights reserved. Recommended browser requirements: I.E 6.0 and above, 1024x768 screen resolution and above.