

1.0 Kampus Astro bersama Komuniti Sekolah (Pengenalan)
2.0 Terma Rujukan Astro
3.0 Soalan Lazim Penggunaan Dekoder Astro
4.0 Alat Kawalan Jauh Dekoder Astro

Bermula dari 12hb Julai, Astro TVIQ saluran 552 kini berwajah baru! Bukan itu sahaja, Astro TVIQ kini membawakan murid-murid dan para guru program-program baru yang boleh membantu anda untuk maju di dalam dan di luar sekolah. Matlamat utama kami ialah menjadikan saluran ini saluran pilihan anda apabila anda memerlukan bahan-bahan bantuan pembelajaran yang menarik dan meriangkan.
Slot masa pengetahuan akademik kami dipanggil “CoolSchool”. Ia disiarkan dari pukul 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. Di dalam slot masa “CoolSchool” ini, program-program dirancang secara blok untuk memudahkan rakaman dan juga tontonan biasa. Ia padat dengan program Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris (English) untuk para pelajar sekolah rendah. Kami telah menyediakan sari kata dalam Bahasa Malaysia untuk membantu pemahaman. Bulan hadapan, kami akan mengalih bahasa beberapa program terpilih ke Bahasa Malaysia. Untuk keterangan lanjut mengenai program yang telah disediakan, sila klik disini.

Kampus Astro meneruskan usaha memperkenalkan pendidikan berkualiti dan pembelajaran bertaraf dunia ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia bermula pada 27 Jun 2009 di Tuaran, Sabah. Program selama 8 minggu ini telah memilih SMK Sri Nangka, Sabah sebagai pembuka tirainya. Sebuah trak bergerak sepanjang 25 kaki dipenuhi dengan aktiviti berinformasi khusus untuk golongan kanak-kanak dan remaja akan diperkenalkan. Melalui program tanggungjawab korporat ini, 30 buah sekolah di kawasan bandar dan luar bandar Malaysia Timur bakal dikunjungi oleh Kampus Astro.
Rakan saluran pendidikan dan informasi Astro yang terlibat sama dalam program ini ialah Astro TVIQ, Astro Ceria, Discovery Channel, Discovery Science, Animal Planet, National Geographic, The History Channel, dan Disney Channel. Astro turut berkerjasama dengan Pusat Sains Negara untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan eksperimen berasaskan matematik dan sains. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tarikh dan tempat kunjungan.

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah membuka langkah di SMK Nabawan II (Sabah)
Gambar-gambar sempena pelancaran di sini
8 Februari 2009, Keningau, Sabah ¨C Kementerian Pelajaran melalui perkongsian kerjasama dengan Astro bermatlamat membawa pendidikan dan pembelajaran bermutu bertaraf dunia ke semua sekolah di Malaysia melalui kempen yang dikenali sebagai Kampus Astro Bersama Komuniti...
BROWSE: News | Sport | Variety | Lifestyle | Kids | Learning | Astrolife | Watch Videos | AstroView | Mobile Service | Astro Radio | Astro Stocklink
SITE SERVICE: Packages & Products | Astro On Demand | Customer Care
LEARN MORE: About Astro | Career | Scholarships | Contact Us | Sitemap | Advertising | Privacy Policy | Terms & Conditions | Subscriber Terms and Conditions