Lina Na’ilah binti Abdul Talip SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor
Edmund Lau Chen Min Kuching High School, Kuching, Sarawak
Cliff Asher R Ongil SM St. Paul, Beaufort, Sabah
Ahmad Ruiz bin Mohd Asri SMK TTDI, Taman Tun Dr. Ismail, KL
Chandra Sekhar A/L Kuppusamy
SMK Dato Penggawa Timur, Masai Johor
|
Sempena pelancaran kapal angkasa MEASAT-3a, 5 pelajar terbaik di Malaysia bersama dengan pelajar dari India, Indonesia, Filipina dan United Kingdom telah dianugerahkan peluang sekali seumur hidup untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang industri angkasa Rusia di Moscow dan Baikonur, termasuklah menyaksikan sendiri pelancaran satelit MEASAT -3a.
Pada bulan Jun 2009, para pelajar akan dibawa ke beberapa tempat di Moscow, termasuklah lawatan ke Star City, sebuah pusat penyelidikan ketenteraan dan pusat latihan di Moscow. Star City juga merupakan tempat latihan angkasawan semenjak tahun 1960an.
Selepas diterbangkan dengan penerbangan khas ke Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan, para pelajar dibawa melawat ke pusat pelancaran angkasa terbesar di dunia. Di sini, mereka akan turut dibawa ke kompleks pelancaran kapal angkasa Soyuz termasuklah ke pusat pemasangan kenderaan pelancaran yang mana di situlah juga tempatnya roket-roket Soyuz dipersiapkan untuk pelancaran dan juga tempat pelancaran roket. Sejumlah 400 pelancaran telah diadakan di sini. Di Baikonur juga, para pelajar akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang perjalanan epik Yuri Gagarin ke angkasa di Muzium Angkasa Yuri Gagarin sebelum berpeluang menyaksikan pelancaran MEASAT-3a yang dijadualkan pada bulan Jun 2009.
Bagi mengabadikan perjalanan ini, para pelajar diminta merakamkan pengalaman mereka dengan menggunakan kamera video, gambar pegun dan jurnal untuk dikongsikan bersama dengan rakan mereka yang lain sekembalinya mereka ke tanah air kelak. Klik di sini untuk membaca pengalaman mereka.
Saksikanlah pengembaraan mereka di Astro Awani dan Astro TVIQ. Klik di sini untuk informasi rancangan TV.
|