Sign In Register  


Programme Title Entire Website


GEMPAK DESA ASTRO

Gempak Desa Astro (GDA) mengajak anda yang menetap di kawasan-kawasan luar bandar untuk datang beramai-ramai memeriahkan lagi GDA yang berlangsung di desa anda. Kru-kru GDA bersama artis-artis Astro akan bergerak ke seluruh Malaysia hingga ke ceruk rantau, khususnya ke kawasan-kawasan Felda untuk meraikan anda semua pada setiap Sabtu mulai 21 Februari 2009 hingga 8 Ogos 2009. Yang menariknya tentang GDA ialah ia bergerak ke 2 lokasi serentak pada setiap minggu dari 9.30 pagi hingga 10.30 malam!

Macam-macam ada di GDA! Kalau anda nak main permainan tradisional dan rakyat seperti karom, congkak dan dam aji, di sinilah tempatnya. Adik-adik pun boleh menyertai acara sukaneka dan peraduan mewarna. Bagi anda yang suka menyanyi, sertailah pertandingan karaoke. Kalau anda kreatif, sertailah pertandingan gubahan bunga/tuala/kain kerana anda boleh memenangi pelbagai hadiah hebat. Dan pastinya, anda akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada artis-artis yang terlibat. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan datanglah beramai-ramai untuk mengalami keseronokannya!

Aktiviti sepanjang GDA:

Penjualan dan promosi istimewa Astro

Pertanyaan dan aduan

Hiburan dan pembelajaran

  -

Permainan tradisional & rakyat

  -

Sukaneka

  -

Peraduan mewarna

  -

Pertandingan karaoke

  -

Pertandingan gubahan bunga/tuala/kain

  -

Sesi kaligrafi bersama ikon Astro Oasis

  -

Sesi ceramah motivasi bersama ikon Astro Oasis

  -

Tazkirah bersama ikon Astro Oasis

  -

Klinik IT

  -

Persembahan artis-artis Astro

  -

Sesi ramah mesra bersama asrtis-artis Astro

Senarai artis GDA:

Zahid
Mila
Stacy
Alam
Nubhan
Nadia
Riz
Farish
Aizat
Johan
Zizan

BROWSE: News | Sport | Variety | Lifestyle | Kids | Learning | Astrolife | Watch Videos | AstroView | Mobile Service | Astro Radio | Astro Stocklink
SITE SERVICE: Packages & Products | Astro On Demand | Customer Care
LEARN MORE: About Astro | Career | Scholarships | Contact Us | Sitemap | Advertising | Privacy Policy | Terms & Conditions | Subscriber Terms and Conditions

© Copyright MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (240064-A) 2001-2010. All rights reserved. Recommended browser requirements: I.E 6.0 and above, 1024x768 screen resolution and above.