Orang-orang disekeliling Emil sudah tidak terkata apa-apa lagi, malahan tidak terdaya lagi untuk menasihat pada mahasiswi yang degil ini. Ini disebabkan sikap dia yang suka membuatkan orang disekelilingnya membencinya angkara dia suka bermain kayu tiga. “Skandal itu membuatkanku lebih berbeza”, katanya tanpa segan silu. Yang paling dikesalkan teman-temannya ialah skandal dia dikalangan teman lelaki sahabatnya. Emil mengatakan, kekasih sejati itu kurang memberikan sensasi kerana membosankan. Nah, Kekasih Emil pula? Dia adalah Ryan, seorang lelaki kacak, penyabar, dan berpikiran positif yang sedang menuntut di Australia. Alasan inilah yang menyebabkan Emil bermaharajalela.


