About Us | FAQs | Careers | Customer Care 03 - 9543 3838
*
*
*
*

Terma & Syarat Hari Jadi bersama Astro Ceria

MENYAMBUT HARI JADI BERSAMA ASTRO CERIA
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

1.

Penganjur Menyambut Hari Jadi Bersama Astro Ceria ialah Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (“Penganjur”).

2.

Terma-Terma dan Syarat -Syarat ini akan mentadbir Menyambut Hari Jadi Bersama Astro Ceria yang dianjurkan oleh Penganjur.

3.

Menyambut Hari Jadi Bersama Astro Ceria terbuka kepada semua warga negara Malaysia.

4.

Mekanisma untuk Menyambut Hari Jadi Bersama Astro Ceria adalah seperti berikut:

a.

Anda hendaklah menghantar sekeping gambar kanak-kanak/remaja yang berusia 14 tahun ke bawah (gambar individu) dan akan menyambut hari jadi pada bulan tersebut. Gambar tersebut hendaklah dalam format ‘JPEG’ dan melebihi 500 piksel beserta butiran di bawah:

(i) Nama Penuh
(ii) Nama Samaran
(iii) Tarikh Lahir
(iv) Alamat
(v) Nama Ibu/Bapa/Penjaga
(vi) Nombor Telefon Ibu/Bapa/Penjaga

b.

E-mel yang mengandungi Gambar dan butiran di atas hendaklah dihantar kepada Penganjur sebulan sebelum hari jadi atau suatu tarikh dan masa yang akan diputuskan dan dimaklumkan oleh Penganjur dari masa ke semasa. (“Tempoh Penghantaran”) ke alamat e-mel berikut – ceria@astro.com.my

c.

Sila ambil maklum bahawa walaupun anda menghantar lebih daripada satu Gambar sepanjang Tempoh Penghantaran, hanya satu Gambar anda yang akan dipilih oleh Penganjur.

5.

Anda hendaklah mematuhi mekanisma di atas yang mungkin akan berubah dari masa ke semasa sepanjang Tempoh Penghantaran. Penganjur akan memaklumkan anda tentang apa-apa perubahan mekanisma Menyambut Hari Jadi Bersama Astro Ceria jika ada. Penganjur juga berhak untuk memeriksa salinan asal Kad Pengenalan atau salinan asal dokumen-dokumen lain yang relevan seperti Surat Beranak kanak-kanak/remaja tersebut.

6.

Penganjur berhak untuk mengubah, menunda atau menjadualkan semula Tempoh Penghantaran.

7.

Penganjur berhak menolak E-mel Gambar yang diterima sebelum dan/atau selepas Tempoh Penghantaran.

8.

40 penyertaan pertama yang dihantar berpeluang disiarkan di Astro Ceria dengan syarat E-mel Gambar hendaklah lengkap dan tepat beserta semua informasi dan dokumen-dokumen seperti yang dikehendaki di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini.

9.

Dengan menghantar E-mel Gambar untuk Menyambut Hari Jadi Bersama Astro Ceria, anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju terhadap Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini.

10.

Penyertaan yang terpilih akan disiarkan di Saluran Astro Ceria.

11.

Penghantaran E-mel Gambar oleh anda tidak akan menjamin E-mel Gambar akan dipilih dan disiarkan di saluran Astro Ceria oleh Penganjur. Penganjur berhak untuk menolak atau tidak menerima mana-mana E-mel Gambar yang dihantar oleh anda atas apa-apa sebab termasuklah jika penyertaan tersebut tidak lengkap atau jika anda telah melanggar mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. Penganjur juga mempunyai hak untuk menolak/tidak menerima E-mel Gambar jika E-mel Gambar tersebut adalah salah disisi undang-undang, tidak senonoh, tidak sesuai atau boleh menjatuhkan reputasi dan nama baik pihak Penganjur atau para penaja.

12.

Penganjur berhak menggunakan E-mel Gambar yang dihantar oleh anda untuk tujuan promosi. Penganjur juga berhak untuk menghantar pesanan ringkas melalui telefon atau e-mel kepada anda tentang aktiviti/promosi Astro yang lain. Jika anda tidak mahu menerima pesanan ringkas atau e-mel tersebut, anda dikehendaki untuk menghubungi dan memaklumkan Penganjur.

13.

Penganjur, ejen-ejennya, penaja-penajanya dan wakil-wakilnya tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa obligasi berkenaan Menyambut Hari Jadi Bersama Astro Ceria dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini yang mana tidak dapat dilaksanakan oleh mereka disebabkan keadaan yang diluar kawalan mereka. Penganjur, ejen-ejennya, penaja-penajanya dan wakil-wakilnya juga tidak akan bertanggungjawab untuk memberi ganti rugi/pampasan kepada anda melalui apa cara sekalipun di dalam keadaan tersebut. Penganjur juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa masalah, kerugian atau kerosakan yang dialami oleh anda atau mana-mana pihak yang disebabkan oleh kelambatan dan/atau kegagalan untuk menghantar atau menerima E-mel Gambar untuk Menyambut Hari Jadi Bersama Astro Ceria ini. Anda dengan ini mengenepikan dan melepaskan Penganjur, ejen-ejennya, penaja-penajanya dan wakil-wakilnya daripada dan terhadap apa-apa dan semua tanggungjawab/liabiliti yang timbul berikutan penghantaran E-mel Gambar untuk Menyambut Hari Jadi Bersama Astro Ceria.

14.

Semua kos yang perlu dibayar oleh anda untuk menghantar E-mel Gambar untuk Menyambut Hari Jadi Bersama Astro Ceria adalah tanggungjawab anda.

15.

Penganjur berhak untuk memilih E-mel Gambar yang akan disiarkan di Saluran Astro Ceria. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau komunikasi adalah tidak akan dilayan.

16.

Terma-Terma dan Syarat-Syarat untuk Menyambut Hari Jadi Bersama Astro Ceria ini akan ditafsir dan ditadbir mengikut undang-undang Malaysia.