*
*
*
*

Astro Ceria - Apa Ni!

apani_header_program.jpg

Pada Zaman Dahulu

Pada Zaman Dahulu

Jadual Siaran: Sabtu & Ahad, 10.30 pagi

Sinopsis:

Siri ini memaparkan tentang Aris dan Ara yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan. Terlalu biasa tinggal di bandar menyebabkan mereka sukar untuk membiasakan diri di kampung. Seperti kanak-kanak lain, Aris dan Ara juga nakal dan sering terlibat dengan masalah. Dari situ Aki cuba mendekati cucu-cucunya itu dengan bercerita kisah-kisah Sang Kancil agar mereka belajar dari kesilapan.

Code Lyoko (13 Eps)

Code Lyoko

Jadual Siaran: Mulai 23 Oktober, Setiap Jumaat, 12.00 tengahari

Sinopsis:

Planet bumi kita dan alam semesta sejajar dipanggil Lyoko menghadapi ancaman kepupusan. Sebuah virus terhebat telah menjangkiti unit pemprosesan utama di X.A.N.A dan hanya empat orang remaja yang boleh menggagalkan rekaan komputer yang jahat! Yumi, Ulrich, Odd, dan Jeremy mempunya dua kehidupan: pelajar biasa di alam remaja pada siang hari, hero aksi di dalam dunia maya digital. Aksi dan pengembaraan. Rentak yang laju. Grafik yang beraneka. Isu untuk remaja hari ini. Rancangan fiksyen-sains bercampur dengan sitkom di dalam aliran genre yang menyebabkan penonton muda bercerita tentang "Code Lyoko".

Doktor Muda S3 (13 Eps)

Doktor Muda

Jadual Siaran: Setiap Sabtu, 11.00 pagi

Sinopsis:

Kelab Doktor Muda merupakan rancangan kanak-kanak yang berkonsepkan pendidikan kesihatan yang disampaikan secara infotaiment yang menggabungkan informasi dan hiburan. Informasi disampaikan secara santai dan menghiburkan. Elemen hiburan pula menggabungkan persembahan senamrobik, permainan “gameshow”, dan nyanyian. Segala kandungannya bermatlamatkan kesihatan – mengutamakan amalan gaya hidup sihat di kalangan generasi kanak-kanak. Rancangan ini memaparkan 13 buah sekolah Kelab Doktor Muda berkongsi maklumat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, kebersihan diri dan persekitaran berdasarkan modul pembelajaran Doktor Muda. Penonton juga akan disajikan dengan telatah daripada tetamu jemputan yang terdiri daripada selebriti kanak kanak yang akan bersama-sama penonton untuk berkongsi pengalaman mereka mengenai pentingnya penjagaan kesihatan Saksikan kesemua 13 episod dan ketahui kepentingan dan kehebatan Kelab Doktor Muda.

The Adventures of Pinocchio (52 Eps)

The Adventures of Pinocchio

Jadual Siaran: Mulai dari 29 September, Setiap Isnin- Khamis, 11.30 pagi

Sinopsis:

Tukang kayu Zeppeto sangat kesunyian, dan menginginkan seorang anak lelakinya sendiri. Suatu hari, sebuah boneka yang diukirnya daripada kayu mula bercakap sebelum dia habis membentuk boneka tersebut. Zeppeto menamakan boneka itu Pinocchio, dan melayan dia seperti seorang anak yang dia inginkan. Boneka itu sangat nakal dan banyak menyebabkan masalah, tetapi dia mendapat kasih sayang orang tua Zeppeto sama seperti manusia lain. Bagaimanapun, tragedy menimpa mereka berdua. Pinocchio telah diperdaya oleh musang jahat Dino dan sahabat karib Dino si kucing Witch, semasa dalam perjalanan ke sekolah, Pinocchio dan Gina si itik telah dijual kepada pemilik pertunjukkan boneka, dengan sedikit harapan untuk bersatu kembali dengan Zeppeto. Boneka nakal itu akhirnya melarikan diri demi untuk mencari ayah tumpangannya, dan mendapati dirinya dalam pengembaraan ke satu pengembaraan, ditemani si licik Dino dan tipu daya Witch. Usaha Pinocchio untuk menjauhkan diri daripada masalah tidak pernah berjaya, dan nasib malang sentiasa mencarinya. Jika Pinocchio berjaya menjauhkan diri daripada masalah, permintaan pertamanya akan diperkenankan dan mimpinya akan menjadi kenyataan. Mengembirakan dan menghiburkan , Pengembaraan Pinocchio menunjukkan ketulusan hati dan niat yang baik akan mendapat ganjaran, dan sebuah kasih sayang sebenar sememangnya boleh mencipta keajaiban.

ChiChi & ChaCha (13 Eps)

ChiChi & ChaCha

Jadual Siaran: Mulai 11 Oktober, Setiap Sabtu, 10.30 pagi

Sinopsis:

ChiChi & ChaCha menampilkan 5 hos remaja yang aktif dan berbakat (Harris, Afiq, Sweet, Farisha dan Leen) serta watak-watak animasi 3D (Chichi, Chacha, Hujan dan Atan) yang tinggal di dalam sebuah hutan ajaib.


Apa ni - Left Column - Cast Info

Left Column - Cast Info Section

8 November 2011 - Compass Interactive
cast info title

Fantastic Four

Fantastic Four

Jadual Siaran: 11 Oktober, 8.30 pagi

Sinopsis:

Sekumpulan angkasawan mendapat kuasa yang luar biasa setelah terkena radiasi kosmik yang merbahaya. Mereka mesti menggunakan kuasa tersebut untuk menghalang Doktor Victor Von Doom.

Seven Arhat

Seven Arhat

Jadual Siaran: 17 Oktober, 9.00 pagi

Sinopsis:

Satu hari, tuan mereka yang misteri berjalan keluar tanpa dikesan, tinggal hanya tujuh sami untuk menjaga kuil. Tanpa pengawasan disiplin, tujuh Lohan menyeronok dan lupakan latihan pertahanan diri. Tujuh arhat tersebut tidak menjangkakan bahawa khazanah di Milenium Temple dia luar kuil itu sudah lama diintai oleh empat kumpulan penggodam Indiana. Apabila kumpulan hacker merancang untuk menyelinap ke dalam kuil dan mencurikan khazanah, malangnya mereka telah memandang rendah keupayaan tujuh sami muda. Tujuh arhat yang nakal telah mereka bentuk siri perangkap. Walau bagaimanapun, salah satu daripada sami-sami muda telah terperangkap dengan penggodam manakala yang lain Berjaya melarikan diri. Apakah yang akan berlaku kepada sami muda yang terperangkap? Adakah tuan mereka akan muncul dan menyelamatkan mereka?

Snowflake

Snowflake

Jadual Siaran: 31 Oktober, 9.00 pagi

Sinopsis:

Sejak Snowflake dilahirkan, dia tahu ia berbeza daripada gorila yang lain dengan bulunya bersalji Putih. Sekarang, jauh dari tanah air Guinea, Snowflake merupakan gorila yang paling popular berbanding dengan gorila yang lain di Barcelona Zoo. Mereka tidak dapat melihat keistimewaan tentang Gorila yang berbulu salji putih!

Tapi Snowflake ada rancangannya. Bersama dengan kawannya Ailur, harimau kumbang hitam penganut agama buddha yang menjelma ke dalam tubuh Panda merah, dan Paula yang cerdik. Snowflake merancang untuk menyelinap masuk ke ahli sihir yang hebat yang boleh menolongnya untuk tunaikan hasratnya menjadi gorila yang biasa.

Tapi keselamatan kawan-kawannya diluar Zoo dalam bahaya. Luck de Sac adalah seorang yang berhati dingin yang disumpah sebagai pembawa malang. Dia yakin yang hati snowflake ialah kunci di mana mengakhirkan sumpahannya dan dia dah bersedia untuk menghadapi segala cabarannya untuk mendapatkan hati Snowflake.

You Are Umasou

You Are Umasou

Jadual Siaran: 10 Oktober, 9.00 pagi

Sinopsis:

Seekor Tyrannosaurus dikenali sebagai 'Heart' yang sering berasa takut kepada Dinasor yang lain sehingga pada satu hari ia terjumpa dengan Ankylosaurus yang kecil dan menamakannya 'Umasou'. Hari demi hari mereka menjadi sangat rapat seperti keluarga.

Zambezia

Zambezia

Jadual Siaran: 24 Oktober, 9.00 pagi

Sinopsis:

Kai, satu helang muda yang berani. Ia dibawa besar oleh bapanya di Padang Pasir. Suatu hari, sekumpulan burnag termasuk ke Padang Pasir dan memberitahu Kia tentang Bandar Burung, Zambezia. Kai memutus untuk pergi ke Bandar Zambezia. Apa yang akan berlaku….


Apa Ini - Left Column - Temuduga Mini

Apa Ini - Right Column - Jadual Hari Ini dan Banner Iklan

apani_header_jadual.jpg
Hari ini

Apa ni - Left Column - Past Program

Right Column - Past Program

program_lepas_bar