
3 Temujanji
Reanna tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja kemudian mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Segala-galanya berubah apabila Reanna bertemu Mikhail yang akan membuktikan kesilapan dalam prinsip Reanna.

Uncle Usin
Filem ini menceritakan kisah Spy 13, detektif persendirian yang berjaya dan terkenal dalam menyelesaikan kes-kes yang diamanahkan kepadanya. Apabila Spy 13 diupah untuk membongkar rahsia yang disimpan bapanya, dia mendapati plot jahat yang lebih besar, yang melibatkan beliau mengembara di seluruh negara, di mana beliau menemui adiknya, 11, yang belajar dari guru yang sama dengannya . Tetapi siapakah Uncle Usin?

My Way
Berdasarkan kisah benar semasa Perang Dunia Kedua, Kim Jun-shik yang bercita-cita ingin menjadi seperti pelari negaranya, pemegang pingat emas Korea. Hasegawa Tatsuo pula ialah pelari terbaik Jepun. Mereka bertemu sebagai musuh semasa zaman kecil dan saling menyaingi antara satu sama lain hinggalah ke zaman dewasa mereka. Setahun kemudiannya, Jun-shik telah dikerah untuk menjadi tentera militan Jepun. Takdir mereka tetap bersama apabila Tatsuo menjadi Kolonel dalam tentera Jepun.

A Separation
Berlatar belakangkan di Iran, filem yang memenangi pelbagai anugerah ini mengisahkan konflik dalam masyarakat moden. Apabila isteri Nadermeninggalkannya, Nader mengupah seorang wanita muda untuk menjaga bapanya yang sakit. Tetapi dia tidak tahu bahawa wanita itu bukan sahaja sarat mengandung, tetapi juga bekerja tanpa kebenaran suami yang panas baran. Nader kemudian mendapati dirinya terjebak dalam jaringan pembohongan, manipulasi dan konfrontasi.

3
Filem ini menngisahkan cinta Ram dan Janani yang jatuh cinta ketika mereka pelajar lagi. Semakin mereka dewasa, hubungan mereka menjadi lebih rapat. Walaupun mendapat bantahan dari keluarga, mereka tetap berkahwin. Apabila mereka cuba memulakan hidup baru, masalah mula menimpa. Selain daripada salah faham dan masalah lazim yang dihadapi pasangan yang baru berkahwin, mereka juga menghadapi masalah yang berbeza. Ram terpaksa mengambil keputusan dalam situasi yang genting ini.

Seefood
Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh manusia, Pup nekad untuk menyelamatkan keluarganya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia manusia. Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Dengan sut istimewa yang memberi keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh gelak tawa ini pasti akan mempesonakan anda!

Jidin Sengal
Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak dan lebih bergaya. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.

