Sinopsis Kecuali Cintamu
EPISOD 1 - 5
EPISOD 1
Zalikha dan Ruby saling menyalahkan sesama berikutan konsep untuk muka depannya yang serupa, dengan meletakkan anak gadis masing-masing sebagai gadis muka depan majalah mereka. Kononnya Ruby menuduh Zalikha mencuri idea tersebut dari Aneka Nova. Begitu juga dengan Zalikha sebaliknya yang menuduh ada gunting dalam lipatan dalam Gatra Moda yang menyampaikan maklumat tersebut pada pihak Aneka Nova. Mereka hampir-hampir bertembung kereta masing-masing dalam perjalanan tersebut.
Kamarul bertengkar dengan team produksi untuk rancangan bual bicara di stesyen TV miliknya gara-gara mereka ingin meletakkan dua orang Tokoh wanita yang saling bercakaran dalam satu rancangan.
Azran yang bekerja di kedua-dua buah rumah keluarga ternama itu akhirnya telah bertembung dengan Jaslina yang sombong di rumahnya dalam satu insiden dimana Jaslina telah melanggarnya sehingga jatuh. Terbiasa dengan sikap memandang rendah pada orang lain, Jaslina langsung tak mempedulikan Azran. Bengang dengan sikap Jaslina, Azran cuba memberi sikit pengajaran pada si gadis kaya itu sehingga menyebabkan Jaslina memecatnya.
Sikap Jaslina cukup berbeza dengan Suria yang lebih bertimbang rasa, lebih disenangi oleh Azran.
Zalikha dan Suria cuba mencari konsep baru muka depan untuk majalah mereka edisi akan datang untuk menarik kembali pembaca dan penaja yang telah banyak lari akibat kejatuhan penjualan majalah mereka untuk isu bulan ini. Rancangan baru Gatra Moda ini telah diketahui oleh Aneka Nova, apabila Marlia yang mempunyai hubungan sulit dengan Nizam yang menjadi mata-mata untuk Aneka Nova telah terlepas cakap pada Nizam.
EPISOD 2
Gara-gara terkenang kisah silam mereka yang hamper serupa , Ruby yang empati telah mengambil Lili sebagai P.A barunya .
Jaslina yang telah dipaksa oleh Ruby untuk memujuk Azran, bekas mekanik keluarga mereka,kembali bekerja untuk keluarganya telah bertembung dengan Suria. Masing-masing terkejut apabila mengetahui selama ini Azran telah bekerja untuk kedua-dua keluarga ternama itu. Sementara itu, Badrul akhirnya telah mengambil kata putus untuk meninggalkan keluarga Ruby setelah bertegang lidah dengan ibunya tentang minatnya dalam untuk menjadi seorang jurugambar.
Zack telah kalah dalam satu pertaruhan dengan rakan-rakannya, terpaksa akur dengan denda yang dikenakan oleh mereka untuk mendapatkan seorang gadis yang bukan citarasanya menjadi kekasihnya selama sebulan dan gadis malang tersebut ialah Lili.
Zalikha dan Ruby sama-sama menghadiri satu majlis anugerah meraikan Tokoh Wanita Cemerlang . Dan kedua-duanya dicalonkan untuk anugerah tersebut. Ruby telah memenangi anugerah tersebut tetapi dalam masa yang sama dia telah menerima satu laporan penting dari penyiasat peribadinya,mengenai suaminya Effendi yang bermain kayu tiga di belakangnya.
EPISOD 3
Kamarul bercerita dengan Farhan tentang perasaannya pada Ruby yang masih belum luput dari ingatan. Sementara itu, Ruby pula tekad untuk menuntut cerai dari Effendi setelah mengetahui tentang skandal suaminya itu. Zalikha pula masih tak berpuas hati dengan kemenangan Ruby yang disifatkan sebagai satu pembohongan gara-gara Aneka Nova mencuri idea untuk konsep majalah mereka.
Cubaan Zack untuk terus mendapatkan Lili demi pertaruhan masih diteruskan walaupun Lili menjual mahal dan ini memberikan cabaran pada Zack.
Pemergian Zalikha ke Penang untuk satu sesi fotografi telah membawa kepada pertemuannya dengan Badrul yang juga berada di sana. Percaya dengan bakat dan kreativiti Badrul, Zalikha telah memberi peluang kepadanya mengantikan jurugambar mereka yang telah dipecat.
Sementara itu, cinta lama berputik kembali apabila Kamarul dan Ruby terserempak di tempat pertemuan biasa mereka 20 tahun lalu, di Melaka. Masing-masing cuba meluahkan rasa yang membungkam selama ini.
Pertengkaran antara Jaslina dan Azran semakin menjadi-jadi apabila sekali lagi mereka bertembung di litar drift.
Suria pula secara senyap-senyap telah merakamkan sebuah lagu. Minatnya dalam bidang nyanyian terpaksa diketepikan demi harapan ibunya Zalikha. Suria telah mengejutkan Olivia dengan menyatakan minatnya terhadap Azran.
Vivian kecewa dengan Effendi setelah mengetahui dirinya bukan satu-satunya skandal Effendi. Dia cuba menghasut Effendi dengan mempersoalkan samada Effendi adalah bapa sebenar Badrul atau tidak.
EPISOD 4
Anna mula mengesyaki sesuatu apabila melihat kemesraan Effendi dan Vivian. Zalikha teruja dengan hasil kerja Badrul dan bersetuju mengambilnya sebagai jurugambar baru Garta Moda. Secara tak sengaja Badrul telah terambil telefon tangan kepunyaan Zalikha ketika turun dari keretanya dan telah menyebabkan banyak kekeliruan berlaku.
Kamarul dan Ruby terus bercerita tentang kisah percintaan mereka yang lalu. Kamarul menyalahkan Ruby kerana tidak sabar dan meninggalkannya semata-mata kerana mengejar kekayaan.
Zack masih belum putus asa untuk mendapatkan Lili. Jaslina menerima seekor kucing Farsi sebagai hadiah dari Pengiran anak Jamil yang dinamakan Belang. Jaslina telah membuat kejutan pada rakan-rakannya, apabila tiba-tiba memutuskan untuk menyertai pertandingan poco-poco . Effendi memberitahu Jaslina tentang niat Ruby untuk berpisah.
Anna berdepan dengan Vivian , tentang hubungannya dengan Effendi. Vivian cuba berlagak tenang dan mengakui hubungannya dengan Effendi.
EPISOD 5
Jaslina semakin teruja dengan pertandingan tarian poco-poco/dangdut yang didengari dalam telefon ni walaupun rakan-rakannya, Isabella dan Lola terus-terusan mengutuknya.
Dia nekad untuk memenanginya dengan harapan dapat menemui calon yang sesuai untuk menjadi pasangannya dalam pertandingan itu.
Ruby beria-ia menyuruh lili mendapatkan alamat di mana Kamarul menetap di Melaka dan menemukan Kamarul di hotel tempat dimana kamarul menginap. Dan memberi kejutan pada Kamarul. Mereka berdua telah menghabiskan sepanjang malam bercerita tentang kisah-kisah silam mereka.
Di Penang pula, Zalikha mula menyukai Badrul yang dirasakan sungguh berbakat . lebih-lebih lagi Badrul telah menyelamatkannya di restoran apabila Zalikha tertinggal dompet dan duitnya ketika hendak membayar makan malamnya.
Zack pula terus-terusan cuba mendapatkan perhatian dari Lili sehingga sanggup datang mencarinya di rumah .
Sementara itu Azran yang tertekan dengan Jaslina telah diajak oleh Din untuk ke kelab dangdut untuk menemaninya dan membawakan kepada pertemuannya dengan Jaslina sekali lagi. Pertemuannya dengan Azran di kelab tersebut telah membuatkan dia merasakan Azran adalah calon yang terbaik tapi Azran cuba menolak.
Suv yang dinaiki oleh Suria rosak dalam perjalanan pulang. Suria telah cuba menghubungi Azran berkali-kali tapi tak Berjaya menembusi talian kerana Azran sedang sibuk berbalah dengan Jaslina sekali lagi di kelab dangdut.


