Konsep Rancangan
Projek Anak Wayang ini bakal dijanakan oleh dua buah saluran yang akan berganding bahu; Astro RIA (saluran 104) dan Astro PRIMA (saluran 105) yang masing-masing akan menayangkan program realiti bagi mencari bakat lakonan dan drama bersiri yang akan berlangsung secara serentak
Projek Anak Wayang yang didukung oleh dua buah saluran ini bakal melihat para peserta bertanding untuk memegang lima watak iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha untuk drama bersiri 50 episod yang akan ditayangkan di Astro Prima pada masa yang sama berjudul Kecuali Cintamu.
Pada setiap minggu, para peserta akan menerima didikan dalam dunia lakonan di bawah bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang lakonan. Panel juri yang ditetapkan pula akan menilai prestasi mereka dan memilih hanya dua peserta untuk mara ke hadapan. Nasib dua peserta ini akan ditentukan oleh undian SMS. Bagi mengetahui keputusan undian SMS, penonton perlu menyaksikan drama di Astro PRIMA pada setiap minggu.
-----------------------------------------------------------------------------------------
DIALOG ANAK WAYANG - Jumaat, 9.30 malam bermula 29 Mei 2009
Bersama pengacara Fazura memperkenal barisan 25 orang pelajar yang telah terpilih untuk meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya
SESI ANAK WAYANG - Isnin hingga Rabu, 8.30 - 9.00 malam bermula 1 Jun 2009
Bersama pengacara Fazura memaparkan sesi pembelajaran dan kelas lakonan yang akan dikendalikan oleh tenaga pengajar
PENTAS ANAK WAYANG - Setiap Jumaat, 10.00 - 11.00 malam bermula 5 Jun 2009
Memaparkan persembahan lakonan para pelajar berdasarkan watak yang diberikan di samping tugasan spontan yang akan diberikan oleh para juri pada malam tersebut. 3 dari 5 orang pelajar akan disingkirkan oleh para juri manakala 2 orang lagi akan dipilih untuk melalui proses undian yang mana pemenangnya akan diumumkan dalam Panggung Anak Wayang dan Sesi Anak Wayang pada hari Isnin minggu yang berikutnya.
PENTAS AKHIR ANAK WAYANG – 10.00 - 11.00 malam, 31 Julai 2009
Secara Langsung pada hari bersama pengacara Rusdi Ramli dan Fazura memaparkan persembahan lakonan para pelajar di peringkat akhir dalam usaha untuk merebut gelaran Anak Wayang yang pertama


