SHAHIR JUARA AF8!
Dengan kemenangan itu, Shahir, 22, membawa pulang kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, percutian hebat ke Hong Kong Disneyland, bekalan BRAND's Innershine selama setahun tajaan Cerebos, dua tiket pelancongan ke New York tajaan Maybelline New York dan set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo. Dia turut memperoleh jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan AD Time, Coway Air Purifier-Lombok tajaan Coway, percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi juara Akademi Fantasia.
Peserta yang berasal dari Kampar, Perak ini menjadi pelajar AFMASUK pertama yang berjaya menjadi juara Akademi Fantasia. Sebelum ini, Linda (AF2), Lotter (AF4) dan Aril (AF7) masing-masing hanya mampu bergelar Naib Juara Shahir mendapat peratusan undian tertinggi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu 43.19 peratus diikuti Adira dengan meraih 25.13 peratus, Daus (12.47 peratus), Maulana (10.2 peratus) dan Iwan (9.01 peratus). Dalam persembahan akhir itu, Shahir membawakan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan (komposer dan lirik oleh Edry KRU) dan Biru Mata Hitamku (Wings) sehingga menambat hati para penonton untuk mengundinya.
Sementara itu pengkritik tetap, Aznil Hj Nawawi dan Adlin Aman Ramlie serta Ning Baizura bertindak sebagai pengkritik di konsert Akhir yang digamatkan dengan kehadiran 10,000 orang penonton yang telah mula membanjiri stadium sejak pukul 10 pagi Sementara itu, Adira yang menjadi naib juara AF8 memperoleh kereta Satria Neo 1.6 CPS tajaan Proton, baucar percutian tajaan Maybelline New York, set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan HD Time. Dia turut membawa pulang Coway Air Purifier - Lombok tajaan Coway, percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi Naib Juara Akademi Fantasia.
Satu-satunya finalis wanita dalam AF8 ini mendendangkan lagu Ku Ada Kamu (komposer dan lirik oleh Edry KRU) serta Tiru Macam Saya (Sheila Majid). Pemuda harapan Sarawak, Daus berjaya mendapat tempat ketiga dan meraih set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, voucher percutian tajaan Maybelline New York, jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan HD Time, Coway Air Purifier - Lombok tajaan Coway. Selain itu, dia juga memenangi percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi Akademi Fantasia.
Pada malam itu Daus menyanyikan lagu Kenapa? (komposer dan lirik oleh Edry KRU) serta Doktor Pakar Cinta (Yusry). Bagi Maulana dan Iwan pula, mereka mendapat hadiah sagu hati berupa beg Kipling Luggage tajaan Kipling dan trofi Akademi Fantasia. Maulana menyanyikan lagu RSVP (komposer dan lirik oleh Edry KRU) serta Susun Silang Kata (Aizat) Manakala Iwan menghiburkan penonton dengan lagu VIP (komposer dan lirik oleh Edry KRU) dan Relaku Pujuk (Spider).