About Us | FAQs | Careers | Customer Care 1300 82 3838

Kecewa betul Lena tak dapat Imuniti. Tapi Lena tak kisah sangat. Perjuangan perlu diteruskan untuk ke Final! Kali ni Lena dapat lagu mendayu-dayu! Lena nak buat paling baik! Tak nak malas-malas lagi. Apa-apa pun, boleh bah kalau kau!

Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir
Nama Afundi: LENA
Asal: Sabah
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Peniaga pasar malam.

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Saya mempunyai imej tersendiri, rambut panjang, periang, seorang yang memahami orang lain dan suka berkawan.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Saya pernah menyanyi di pasar malam dan setiap orang yang lalu-lalang bagi Lena duit.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Vina Morales dan Jericho Rosales.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menyertai banyak pertandingan dan pernah bekerja di Trinity Butik.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Sebab Lena ingin membuktikan kepada orang-orang yang selama ini memandang rendah kepada Lena.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang usahawan yang berjaya.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Shahir, sebab dia menyanyi dengan bersungguh-sungguh dan jujur.



Ogy
Pusingan 1 (Dunia) - Tahniah kerana berjaya ke final. Sebagai pembuka tirai Lena kena "more impact", "more energy". Saya pernah tengok Lena yang lebih bagus dengan Lagu Untuk Kuala Lumpur. "I know you can do more"
Pusingan 2 (Sisa Kisah Kita) - Saya ingin memohon maaf jika selama saya menjadi pengkritik, saya ada mengguris hati awak, keluarga mahupun penyokong. Saya hanya mahu melihat awak anda berjaya. Lena, lebih baik daripada lagu pertama. Lagu ini akan menduduki carta dan akan maju jaya.

Dato' Ramli M.S
Pusingan 1 (Dunia) - Tahniah masuk final. Untuk minggu pertama saya suara awak membuatkan saya ingin melihat siapa yang menyanyi. Saya sangat suka. Ada jiwa dalam tu. Itu untuk minggu pertama. Tapi, jiwa awak hilang. Awak nyanyi ketat, tak bebas masa nyanyi.
Pusingan 2 (Sisa Kisah Kita) - Saya suka lagu tu. Cara nyanyian awak sangat teratur. Kena tumpukan perhatian bila nyanyi. Kawal rongga mulut awak.

Hattan
Pusingan 1 (Dunia) - Monitor awak OK? Kami tak rasa impak awak disini. Walaupun nyanyian awak OK, tak ada salahnya awak nyanyi. Awak cuma kena bagi impak lebih.
Pusingan 2 (Sisa Kisah Kita) - Suka "low note" awak. Lena dah kembali macam asal-asal dulu. Suka, suka dan suka.

  1. Anda peminat LENA AF9? Anda juga pengguna telefon jenis Iphone, Blackberry dan Android? Kini anda boleh menikmati Aplikasi Akademi Fantasia 9 di telefon bimbit anda secara PERCUMA! Hanya Taip AF dan hantar ke 32323