ePass FAQ Id : Kata Laluan : Ingat Id Saluran selamat ePassLOG MASUK SELAMAT Daftar ePassDAFTAR Soalan lazim ePassBANTUAN
Navigation Navigation Navigation Navigation Navigation Navigation AF6 Forum Pelajar AF6
 
PELAJAR AKADEMI FANTASIA
Alif
Faisal
Lufya
Naim
Nubhan
Riz
Saida
Nadia
Ika
Stacy
Stanly
Toi
Yana
Rina
 

Nama Penuh : Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Gerik, Perak
Tarikh Lahir: 19 Disember 1986
Tinggi : 177 cm
Berat : 78 kg
Hobi : Karaoke, Bowling, Main video game

Deskripsi :  Jejaka periang, peramah dan  penyayang, aktif menyertai pelbagai  pertandingan nyanyian.

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Sewaktu berumur 11 tahun mengikut ayah seorang pemain keyboard pasukan tentera

Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Berlakon. Tetapi tidak pernah mendapat peluang berlakon

Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Bermain alat muzik seperti piano, drum, biola dan sexaphone

Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Mencari pekerjaan tetap dan dalam masa yang sama ingin meneruskan perjuangan dalam bidang seni sebagai ’freelance singer’

Apakah matlamat hidup anda?
Ingin menjadi penyanyi yang berjaya dan disegani

Apakah album terbaru yang anda miliki?
Anuar Zain

Siapakah artis/selebriti yang anda minati?
Anuar Zain dan Jaclyn Victor

Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Vince, Zahid dan Mawi

Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Tenangkan fikiran untuk mengawal perasaan gementar

 

Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Bercakap dengan orang sebelah yang disangka kawan tetapi rupa-rupanya orang lain

Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Memenangi pertandingan karaoke, berjaya melakukan perkerjaan dengan baik dan berpuas hati dengannya

Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas vokal dan motivasi

Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Berhenti kerja dan meneruskan hidup sebagai penyanyi sambilan. Kerana kalau show kurang, duit pun kurang

Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Berjaya ke peringkat seterusnya

Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF6?
80 %

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Berhentikan peperangan

Jika anda boleh terbang, ke mana anda akan pergi?
Mengelilingi dunia

Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Mengekalkan keindahan alam sekitar dan hutan sebagai khazanah negara

Jika anda menjadi tumbuhan, apakah tumbuhan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Karang laut kerana cantik dan mempunyai peranan penting sebagai habitat ikan-ikan laut 

Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
Rupa, suara, perangai

Jika anda tersingkir dari Akademi, apakah yang anda akan ucapkan?
Jangan sesekali mengaku kalah dalam apa jua yang kita suka dan lakukan walaupun kita kalah

Jika anda menjadi Juara AF6, apakah yang anda akan ucapkan?
Terima kasih di atas sokongan keluarga, rakan-rakan dan pengundi-pengundi. Terima kasih kepada pihak Astro yang menyediakan platform yang berprestij sebagai seorang pelajar dan bakal artis terkenal. Tanpa tunjuk ajar guru-guru mungkin saya sesat menuju ke puncak.

 
Video Pelajar
 
 
 
 
Hotlink ERA.fm Astro RIA