ePass FAQ Id : Kata Laluan : Ingat Id Saluran selamat ePassLOG MASUK SELAMAT Daftar ePassDAFTAR Soalan lazim ePassBANTUAN
Navigation Navigation Navigation Navigation Navigation Navigation AF6 Forum Pelajar AF6
 
• Konsep Rancangan
• Pengetua
• Hos
• Tenaga pengajar
• Kalendar Rancangan
• LIRIK KONSERT
• Tiket konsert
• HADIAH JUARA AF6
 

Tanggung Jawab
Pengetua merupakan kedudukan tertinggi dalam senarai carta organisasi dalam Akademi Fantasia. Sebarang keputusan mengenai masalah disiplin dan akademik terletak di tangannya. Sebagai Pengarah Muzik pula, beliau bertindak menyusun semula lagu dan membantu pelajar mencorakkan persembahan.

Pencapaian
Ramli M.S  mempunyai 32 tahun pengalaman profesional dalam arena muzik terutama sekali sebagai komposer dan penulis lagu. Beliau mula menceburi bidang kerja studio sejak 1978. Beliau pernah ditawarkan biasiswa oleh Barklee College of Music yang berprestij di Boston USA tetapi menolak tawaran itu kerana jadual kerja yang padat. Sejak daripada itu beliau giat dalam bidang produksi bukan sahaja untuk artis tanah air malah untuk artis-artis Cina di rantau Asia. Beliau telah terlibat untuk lebih daripada 3000 lagu (bermain bass, gitar, keyboard dan akordian) dan juga terbabit dalam produksi tidak kurang daripada 300 album. Selain daripada kerja-kerja studio, Ramli terus melibatkan diri dalam persembahan ”live” untuk artis dalam dan luar negara.

Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau adalah Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu pada tahun 1999, 2003 dan 2006. Beliau juga dicalonkan untuk anugerah yang sama untuk lima tahun berturut-turut sejak 1998. Bakat muzik dan pengetahuan luas sememangnya telah meletakkan beliau di tangga teratas dalam industri muzik tanah air.

Trivia
Ketegasan dan kejayaannya melaksanakan tanggung jawab sebagai Pengetua AF2 membawanya kembali sekali lagi menduduki kerusi panas Pengetua AF6

 
 
 
 
 
Hotlink ERA.fm Astro RIA