Nama Penuh : Ahmad Nubhan Bin Ahmad
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir: 2 April 1986
Tinggi : 180cm
Berat : 70kg
Hobi : Memancing
Deskripsi : Pegawai bank, bersuara lunak, berwajah keanak-anakan, sedikit pemalu tetapi tersembunyi bakat yang besar.
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Pertandingan karaoke sekolah rendah
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Lakonan
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Pengacaraan dan lakonan
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Pegawai bank
Apakah matlamat hidup anda?
Membahagiakan ibu bapa
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Samsons
Siapakah artis/selebriti yang anda minati?
Jaclyn Victor, Datuk Siti Nurhaliza, Letto, Peterpan, Kerispatih, Samsons
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Faizal
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Tenangkan diri dan fokus pada persembahan serta berlatih di depan cermin
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Terjatuh ketika mengejar bas sekolah akibat terlilit oleh kain samping ( hari Jumaat)
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Terpilih menjadi calon pelajar AF6
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas lakonan
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tidak dapat melanjutkan pelajaran
Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Berjaya melepasi semua peringkat
Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF6?
60 %
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Tiada peperangan
Jika anda boleh terbang, ke mana anda akan pergi?
Pulau Boracay di Filipina dan Kota London
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Membangunkan kawasan dari segi infrastruktur, pendidikan dan mewujudkan suasana kehidupan yang aman dan harmoni
Jika anda menjadi tumbuhan, apakah tumbuhan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Poko kelapa, tinggi dan banyak kegunaan
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
Boleh berbahasa cina, penyabar, suka membantu
Jika anda tersingkir dari Akademi, apakah yang anda akan ucapkan?
Syukur alhamdulillah, walupun tersingkir namun saya berbangga kerana sempat menjadi keluarga AF. Terima kasih saya ucapkan kepada keluarga, Astro, cikgu-cikgu, rakan-rakan dan semua pengundi
Jika anda menjadi Juara AF6, apakah yang anda akan ucapkan?
Bersyukur kepada Tuhan atas kemenangan ini. Terima kasih kepada Astro kerana memberi peluang kepada saya untuk mengembangkan bakat saya. Kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya terima kasih kerana sokongan dan dorongan anda selama ini. Kepada semua pengundi saya ucapkan jutaan terima kasih kerana tanpa anda siapalah saya. Juga kepada pengriktik dan cikgu-cikgu yang mencurahkan ilmu kepada saya. |