Nama Penuh : Lutfyah Bt Sheikh Omar
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 23 tahun
Asal : Johor Bahru
Tarikh Lahir: 2 Februari 1985
Tinggi : 5’5”
Berat : 55kg
Hobi : Menyanyi, menari
Deskripsi : Model berwajah seksi, darah campuran Arab.Fotogenik dan pandai bergaya dihadapan lensa
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Menyanyi di hadapan kelas di sekolah rendah
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Berlakon, menari
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Gimnastik
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Masih bekerja dan mencari peluang untuk menyanyi di tempat lain
Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya menjadi penghibur yang berjaya di rantau ini
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Alicia Keys (As I am)
Siapakah artis/selebriti yang anda minati?
Rossa, Datuk Siti Nurhaliza, Agnes Monica
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Zahid
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Makan madu dan melompat-lompat
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Jatuh di khalayak ramai dan baju terkoyak dari bawah ke atas
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Terpilih untuk menjadi ketua pasukan sorak dan memenangi tempat pertama dalam pertandingan nyanyian anjuran NESCAFE
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Vokal, lakonan
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Untuk berjaya mengejar impian dan cita-cita
Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Tayar kereta meletup dan terpaksa menukar tayar untuk sampai ke tempat uji bakat.
Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF6?
60%
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menghentikan peperangan dan meningkatkan kualiti kehidupan orang Islam di dunia
Jika anda boleh terbang, ke mana anda akan pergi?
Dubai
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Menambah kemudahan dan mewujudkan persatuan bagi penduduk kawasan berkumpul dan bermesyuarat.
Jika anda menjadi tumbuhan, apakah tumbuhan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Bunga Ros
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
Berani, penyayang, manja
Jika anda tersingkir dari Akademi, apakah yang anda akan ucapkan?
Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk sampai di pentas ini. Terima kasih kepada Astro dan semestinya para penyokong yang setia mengundi
Jika anda menjadi Juara AF6, apakah yang anda akan ucapkan?
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi-pengundi saya dan terima kasih juga kepada yang mengkritik kerana kritikan itulah yang memberi impak kepada saya untuk menghasilkan persembahan terbaik malam ini |