Peminat setia finalis AF6 boleh melepaskan kerinduan kepada pelajar kesayangan mereka, dengan berchatting bersama Stacy, Riz, Nubhan, Toi dan Nadia di Karpet @15 malam ini.
Turut serta adalah pelajar kesembilan tersingkir, Stanly yang tidak dapat bertemu peminat di Karpet @15 minggu lalu, kerana pulang ke kampung dan berkabung di atas pemergian ibu tercinta.
Anda boleh menyertai mereka untuk mengetahui pelbagai rahsia dan pengalaman sepanjang berada di Akademi, di Astro @15, Saluran 109 bermula jam 8 malam ini. |