Majlis penganugerahan tahunan anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Anugerah Industri Muzik edisi ke 18 telah berlangsung dengan penuh gemerlapan dan cahaya. Kemeriahan AIM ke-18 tahun ini sangat terasa apabila buat pertama kalinya diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dengan kehadiran ribuan pengunjung selain barisan artis tempatan.
Bersempena dengan Anugerah Industri Muzik ke-18 yang akan diadakan pada 12 November nanti, satu siri jelajah telah diadakan di seluruh negara. Siri jelajah ini melibatkan ramai artis seperti Amirah Ali, Mawi, Akhil Hayy, Nowseeheart, Saujana dan ramai lagi.
Penyanyi popular Youtube dari Amerika Syarikat, Greyson Chance merupakan satu-satunya artis antarabangsa yang dipilih untuk memeriahkan Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-18 (AIM18) di Stadium Putra, Kuala Lumpur pada 12 November ini. Pengumuman ini dibuat pada sidang media yang diadakan di Hotel Royale Chulan, baru-baru ini.
Lima calon terbaik untuk setiap kategori yang dipertandingkan di edisi ke-18 Anugerah Industri Muzik (AIM18) diumumkan pada 14 September 2011 oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Sejumlah 75 calon yang disenaraipendekkan telah diumumkan, setelah melalui proses penghakiman yang diaudit oleh Ernst & Young.
Satu sidang media telah diadakan pada 28 Jun 2011 oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) bersempena dengan Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18) yang akan datang. Beberapa perubahan besar telah diumumkan dan mencipta kejutan dikalangan segelintir penggiat muzik dan media.















